Kerjasama jangka pendek dan panjang aspek sekuriti makanan antara hasil signifikan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ke Turkiye.<br /><br />Dalam sidang media sebelum pulang ke ibu negara, Ismail Sabri merumuskan, pelbagai pelaburan berkaitan industri makanan dipersetujui Malaysia-Turkiye.<br /><br />Dan ia bermula dengan produk berasaskan gandum, untuk menampan impak gangguan rantaian bekalan global yang dihadapi sekarang.
